Nuffnang Ads

Monday, April 14, 2014

motivasi : target ( apa salah seorang pelajar )

assalamualaikum. lama x mencoret hehe lama cuti bos biasa lahh balek semenanjung seminggu.. luang masa dengan family pulak ashik dengan kawan-kawan pun x bule jugak.. stok makanan sememangnya banyak bawak balik hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok done mengarut hehehe..

hari ini saya nak berkongsi sedikit berdasar pengalaman saya. kenapa selalunya pelajar atau murid tidak berjaya atau kecundang pada pertengahan jalan. saya ada satu jawapan pada persoalan itu. jawapannya adalah target yang terlalu tinggi. pekara ini pernah terjadi pada saya. saya pernah gagal kerana diletakkan target yang terlalu tinggi

target terlalu tinggi ?

selalunya yang meletakkan target kepada pelajar bukanlah dari pelajar-pelajar itu sendiri. selalunya target itu diletakkan oleh pihak sekolah , cikgu , dan keluarga ( lebih tertumpu pada ibu bapa itu sendiri ) . tapi sejauh mana kemampuan anak - anak untuk mencapai target tersebut?

kita selalu menggunakan istilah push anak - anak. atau lebih fancy orang barat kata push to the limit. sejujurnya kaedah ini merupakan salah satu teknik yang agak berjaya. dan banyak terbukti apabila anak-anak yang di bebani dengan kelas tambahan dan buku-buku yang menimbun mendapat keputusan yang bagus. tetapi saya ingin membawa kaca mata anda seketika untuk merenung pada mereka yang sudah smpi limit dan kita keep pushing mereka. will they go beyond the limits ? adakah mereka masih boleh terima tekanan yang diberikan ? mereka tidak penat?

sedar atau tidak kita sebagai manusia kita tidak tahu dimana limit kita berada. anda juga tidak tahu dimana limit anda berada, betul atau tidak ? jika ada yang menjawab tidak , saya ada satu soalan. apabila anda di desak dalam sesuatu pekara, kita ambil contoh mudah anda sedang beratur dikaunter kedai makanan segera dan anda di desak oleh pelangan belakang anda untuk membuat oder dengan cepat sedangkan anda tidak tahu untuk makan apa dan anda hanya berada dikaunter tersebut 10 saat. silap haribulan mahu anda bagi sebijik penumbuk di muka pelangan yang mendesak anda. dan anda panggil "aku dah sampi limit dah " satu lagi persoalan adakah pelanggan belakang kauter tersebut perasan anda sudah smpi limit ? jika ya sudah tentu dia akan berhenti daripada push anda membuat pesanan dalam keadaan laju.

begitu juga anak-anak yang kita push. kadang kala kita tidak perasan yang mereka sebenarnya sudah smpai limit dalam mencapai target yang kita tetap. jadi tidak hairan mengapa sesetegah mereka hilang minat dalam menuntut ilmu dan sebagainya. dan jika berlaku sedemikian mereka juga yang dipersalahkan kerana tidak belajar dan sebagainya. jika anda nampak ia berkait. ia sebenarnya boleh juga menyebabkan gejala-gejala sosial yang lain seperti ponteng dan sebagainya. perkataan senang saya boleh katakan ialah mereka sudah penat didesak untuk berjaya.

sememangnya setiap ibu bapa , sekolah , dan cingu ingin melihat anak-anak mereka berjaya, tetapi cuba kita signkap kembali. mereka hanyalah insan atau lebih dikenali sebagai manusia. bukan saya tidak menyokong system push dalam pembelajara tetapi saya lebih tekankan memberi tekanan pada pelajar pada jumlah yang sepatutnya, supaya mereka tidak hilang minat untuk belajar. dan sebgainya. jadilah manusia yang perihatin bukan yang ditakuti.

kita seharusnya mengenali potensi diri anak-anak kita dan asah dan cuba kita kenal limit mereka. :)

iddinordin

Wednesday, April 2, 2014

Kem Towards 1st Leader ( SMKTTF vs SMKL)

bismilah..
fuhh lamo den x menulis nihaa..hahahah almaklum lah sedikit kesebukan.. kepada para peminat terima kasih kerana sudi menunggu cikgu iddin mengupdate k.. hehhe senyum sampai telinga sikit..hehehehe..
..
..
okey how to begin ek? ?
sebenarnya ada dua cerita nak cerita nih, tp satu cerita je ada gmbr .. so cikgu cerita satu cerita jelah yaa.. hehehe
.
.
 on 30 march 2014 kami pembimbing rakan siswa university malaysia sabah skali lagi mengadakan program, yang menarik tentang program ini adalah ia diadakan didalam ums.. Jarang katanya diadakan didalam ums bak kata hep, sehubungan itu kami mengambil tindakan untuk menganjurkan satu program yang bernama kem Towards 1st Leader siri 1 yang di ilhamkan oleh tuan pengarah mohd bisrul hafiz. program yang cantik menguji fizikal dan mental para peserta. sememangnya para fasilitator pun teruji mental dan fizikal. program yang bertempat di dkp baharu ums dan masjid ums ini diadakan 2 hari 1 malam yang melibatkan 38 peserta daripada SMK Taman Tun Fuad dan SMK Likas.

apa yang menarik tentang program ini, ia melibatkan motivasi dan kepimpinan didalam satu module yang di pegang oleh 4 ketua module iaitu Rahmat Sidan @ abg abd, yusuf sobri @abg ucop , naim mohd zain @ abg naim dan saya sendiri. input yang diberikan pada program ini adalah amat padat dan sesuai untuk para pelajar yang mempunyai jawatan dalam sekolah. program ini sedikit lebih memfokuskan kepada kepimpinan prs dan semangat setia kawan. ( inilah part ayor mate aku menitis nihh haha)

pelajar juga didedahkan dengan personaliti melalui tarikh lahir dan bentuk . terdapat juga satu slot didalam program ini yang mendedahkan mereka tentang kritikal thinking dan pengurusan masa yang dijalankan oleh saya senidri. apa yang menarik tentang program ini kesemua peserta yang menghadiri krusus ini melibatkan diri sepenuhnya secara cemerlang. dan selesai program ini ada juga kenampakan perubahan dari segi sifat dan semangat setia kawan yang pada mulanya ada jurang semasa pembahagian kumpulan di jalankan.

apa yang penting bagi kami pembimbing rakan siswa ums, kami tidak mahu para pelajar untuk pulang dengan tangan kosong. sekurang-kurangnya mereka ada isi di dada mahu pun otak mereka. untuk bekalan untuk hari yang tidak terduga. semoga adik-adik yang menghadiri krusus ini berjaya selalu.. u guys is the best.  ada siri 2 nnti jgn lupa offer diri untuk dtg lagi k.. hehehe sungguh puas saya sebagai ketua ldk menamatkan program ini.. semua rasa menjadi indah














SEMOGA SEMUA SENYUM SAMPI TELINGAAAAA :)

Tuesday, March 18, 2014

critical thinking ( berfikir secara kritikal )

apa itu pemikiran kritikal ? 

pada pandangan saya, pemikiran kritikal atau lebih dikenali sebagai critical thinking adalah kebolehan membuat keputusan yang tepat didalam keadaan yang tertekan dan keputusan itu mengakumi kesemua aspek sekeliling. memenuhi kesemua aturan tindakan untuk membuat keputusan. 

siapa yang memerlukan critical thinking ?
critical thinking ini merupakan pekara yang penting atau mudah di perkatakan sebagai salah satu element atau komponen asas bagi seorang pemimpin. hal ini kerana seorang pemimpin perlu melakukan pelbagai keputusan yang melibatkan maruah, harta, keboleh upayaan kumpulan dan sebagainya. 

adakah ia salah satu kebolehan semula jadi atau boleh di bentuk ?
kesemua kebolehan kendiri atau soft skill boleh di bentuk dengan pelbagai cara. tetapi tidak dinafikan sememangnya ada manusia yang dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berfikir di saat kritikal. tetapi jika kebolehan semula jadi itu tidak diasah seperti mana mereka yang tidak mempunyaai kebolehan tersebut ia akan hilang perlahan-perlahan. hal ini kerana kritikal thinking adalah salah satu bentuk perbuatan yang berterusan dan ia akan terjadi(berlaku) dalam pelbagai situasi ,kadangkala ia diluar jangkaan kita sebagai manusia.

contoh ? 

kita ambil contoh yang paling senang untuk di fahami, 

didalam satu syarikat tenama, seorang ketua terpaksa menyingkirkan 10 orang dari 100 orang pekerjanya.

permasalahan disitu, adalah kesemua 100 pekerja tersebut merupakan "best workers " . bagaimana dia harus membuat keputusan ?

contoh latihan dalam kumpulan (ldk)

1)menyuruh peserta mengambil sekeping kertas, berikan satu situasi , contoh ; pembunuhan, songlap duit
dan arahkan mereka untuk membuat satu cerita pendek melalui situasi tersebut dan hasut mereka dengan mengatakan cerita yang mereka tulis tersebut akan diberikan kepada kumpulan lain.

tetapi setelah mereka selesai mengarang cerita tersebut, batalkan arahan anda untuk memberi kepada kumpulan lain kertas tersebut, sebaliknya arahkan mereka untuk menyelesaikan permasalahan itu sendiri. 
dalam bentuk 

sebelum :




semasa:




selepas: 


_________________________________________________________________________________

seorang pemimpin harus kuat dalam membuat keputusan, tiada  berbelah bahagi. 

Saturday, March 15, 2014

smk elopura 2 , Sandakan Sabah - pembimbing rakan siswa universiti malaysia sabah ( exco pembanggunan kemahasiswaan )

seperti yang dijanjikan kepada anda, 

| krusus kredibiliti di smk elopura 2 |

bismilah, hehe memandangkan ni blog aku, suka hati lah nak cerita dalam gaya bahasa mcm mna kan, asal kan anda semua paham ok lah .. hehehhee.. sebelom ni ada sedikit introduction pasal krusus kredibiliti ni kan.. tp xsalah kan aku nak cerita sikit skali lagi.. 

krusus kredibiliti ini di anjurkan oleh pihak sekolah dan kami sebagai jemputan kepada sekolah tersebut. (dapat bayaran wehh ) hahahaa.. nak di jadikan cerita kami sepatot nya melaku kan pegerakan seramai 15 org.. bayangkan lah student smpi 135 orang.. 15 orang fasilitator sememangnya tidak cukup.. tp kami di uji lagi apa bila kami terpaksa menyikirkan lagi 5 orang sehari sebelom pegerakan.. hnya 10 orang shaja yang di bawa pergi kesandakan.. hati sapa tak sedih kan terpasa tinggalkan kawan2 di belakang dn berjuang 10 orang sahaja , tp hati kami kental kan.. demi untuk pelajar smk elopura 2, seperti yang saya nyatakan sebelom ni.. ini kali kedua kami kesana .. ada yang datang sekali lagi kem (krusus) kami.. dan masih ingat muka2 kami.. hehehe.. dn aku kalau yang depa dok ingat muka pegang kamera aje lah.. hahahaha sedihhh


ini lah muka2 10 orang fasi yang tinggal untuk krusus ini

tp alhamdulilah walau kekurangan kaki dan tangan tambahan kekurangan otak pulak tu.. hahaha kami berjaya memberi imput kepada anak2 (pelajar) di smk elopura 2. 

slot kami hanya ada 3 shaja slot pertama di kendalikan oleh saudara rahmat sidan @ abg abc slot kedua oleh yusuf sobri dan farhana dan slot terakhir oleh saya sendiri.. sejujurnya kami semua tidak plan btol2 apa yang kami berikan (input) kepada pelajar pada hari kejadian. kesemua nya datang dari hati.. nasib baik dapt sambutan yang memberangsangkan dripada pelajr( lebih baik dari kem pimpinan wira) yelah yang paling aku suka diaorg sangat senang bagun tido,, haha dan kalau kita persoalkan mereka sejauh mana kemampuan diaorang menjadi pemimpin.. buleh tgok muka masing2 berubah.. its a nice exp sbb tis is my first time being the coordinator for pr-siswa ums kk .. hehehe.. memang luahan hati semua.. dn aku  bgi mereka buat bnda yang luar kotak.. my section is critical thinking.. its how you think in critical situation.. hehe mcm2 game kami ada buat.. nk cerita x suprise lah.. kalau nak tahu jemput kami buat progam.. memang anda rasa kelainan nya.. ehehe 

 bulatan kasih sayang
 duck face posing?
 moral support itu penting
 sanggup ??
  yang penting sporting


see you in next journey .. ;)

Sunday, March 9, 2014

pembimbing rakan siswa ums - exco pembanggunan kemahasiswaan-

hey pejam celik pejam celik, dah nak dekat sebulan aku duduk kat sabah, means dh nak dekat sebulan sekembalinya aku dri tanah air , wahhh tanah air lah sgt.. hahahaha..  pejam celik pejam celik lagi.. dah nak dekat 2 tahun aku abis kan masa aku kat sabah..hahaah hebat x hebat x?  masa berlalu sangat pantas skrg ni.. haihh.. tp makin hari aku makin jatuh cinta dgn keadaan d sabah.. its more referring to university malaysia sabah laa.. mcm pos aku sebelum ni.. aku ada azam kuat sikit tahun ni.. tp x tahu lah berjaya ke tidak nak mengharungi arus2 kehidupan .. hahahaha.. btw sem ni aku ada banyak program, under pembimbing rakan siswa.. uwaaaaa... nk kata seronok pun mcm seronok nak kata tidak pun mcm ada.. hahah entah laaa..

hujung minggu ni .. kami pembimbing rakan siswa ums, akan berada d sandakan, sabah . menarikkan.. perjalanan kalau naik public bas (tung ma) ambil masa 5 jam aje.. tp kalau naik bas ums tu.. mau2 makan 10 jam.. kebaih buntut cheq.. hahaha.. ia kali kedua , ia sebenarnya jemputan dri sekolah smk elopura ii untuk kami buat krusus untuk anak2 d sekolah tu.. wahhh anak2 feeling daddy2 sat.. hahahaha ..kali pertama kami datang bukan sebagai jemputan. tp kami datang dgn bajet dri universiti buat program kat sana, ia itu .. kem pimpinan wira, pengarah dino lew.. btw masa first dtg sana.. aku just jadi publisiti aje.. hahaha.. tp yang kali ni.. aku d beri kepercyaan pegang sebagai ldk(latihan dalam kumpulan) hahaha hebat knn hebat kann

skrg ni semua surat menyurat masih berjalan .. ehehehe.. aku tolong2 sikit2 aje.. insyallah tak aral kami akan sampai ke sana.. hey.. nnti aku update yaa .. apa yang menarik kat sana.. hihi..  tangguh dulu pembacaan.. muahahaha.. sebnrnya battry laptop mau abis suda.. hahaha

Tuesday, February 25, 2014

26 feb 2014


hari ni dok scrool2 kat fb nampak pulak post ni.. 
mcm terjawab jugk laa knp ada org marah aku pakai cincin kat jari tengah
hehehe. xda lah aku pertikaikan dh lepas ni.. hehehe.. sila baca yaa.. sy copy aje ni



Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) 

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Salam Ukhuwah..~